Pembukaan Blog Malaysia-Blogger
Posted by taqiyuddin on June 12, 2007
Tertanya-tanya difikiran kenapa ditubuhkan blog seperti ini dan kenapa perlu memperkenalan blogger-blogger Malaysia kepada ramai. Jawapannya adalah supaya ramai lagi rakyat Malaysia mengetahui banyak cara kita memperolehi wang dari internet dan bagaimana anak-anak muda Malaysia menjalankan perniagaan melalui internet secara sambilan mahupun sepenuh masa. Saya memberi penghormatan kepada blogger-blogger Malaysia melalui blog Malaysia-Blogger untuk memperkenalan dengan lebih dekat pengalaman, permulaan dan cabaran serta kejayaan mereka kepada anda supaya anda tahu bahawa internet bukan semata-mata dunia penuh khayalan, dari minggu keminggu saya akan paparkan seorang demi seorang blogger Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan internet. Tunggu dan lihat.. : )
ktom said
Bagus ni……at least kita boleh tahu apa yg mereka buat, bagaimana mereka buat dan sebagaainya utk jadi seperti mereka…..
Keep up the good work….
taqiyuddin said
Blog ini masih lagi dalam pembikinan, yang blog nih saya tubuhkan untuk try keupayaan saya melakukan blog yang ada kaitan dengan blogger2 luar..saya akan sentiasa mencuba..(dikmal yang bagi nasihat jangan putus asa.. : )