Komuniti Blogger Malaysia

Penghormatan Untuk blogger-blogger Malaysia

Pembetulan Untuk Blog Malaysia Blogger

Posted by taqiyuddin on June 15, 2007

Blog MalaysiaBlogger berkemungkinan tidak boleh menampilan blogger-blogger Malaysia dalam masa yang terdekat atas kesilapan penulis dan blog ini juga memberi informasi dan tentang pelbagai maklumat yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung.

Penulis memohon maaf atas kesilapan ini, ini juga berkaitan dengan kesibukan penulis dengan kerja harian dan penulis tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap PC untuk 2- 3 minggu ini.

wassalam.

Taqiyuddin Ruslan

www.taqiyuddin.wordpress.com

Posted in Makluman | 3 Comments »

Seminar Perniagaan Internet

Posted by taqiyuddin on June 14, 2007

Pernahkah anda terfikir bagaimana orang yang berjaya melakukan perniagaan internet sehingga menjadi jutawan internet dalam masa yang muda dan bagaimana pula mereka melakukan semua ini dihadapan sebuah komputer dan hanya membayar perkhidmatan internet dan menggunakan tenaga sahaja..!

Dibawah ini disediakan sedikit cerita tentang seminar perniagaan internet dan kenapa kita patut menyertai mereka..

“Saya masih memikirkannya lagi…”

Baiklah, jika anda masih berfikir-fikir, kami berikan masa sebanyak mana yang anda mahukan untuk berfikir. Kami telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menyiapkan sesuatu yang ISTIMEWA untuk anda. Jika anda masih meragui, sebenarnya anda masih tiada keyakinan dan kepercayaan diri untuk berjaya. Kami amat berterima kasih kepada smartusaha (Mohd Zulfadli) dan juga RajaAdsense (Sham) kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk bersama kami bagi membantu anda. Untuk mendapatkan mereka bukanlah suatu yang mudah, kerana mereka adalah usahawan internet yang mempunyai pelbagai agenda dan projek yang lebih menguntungkan mereka.

Dengan hanya RM270, anda bukan sahaja diberikan BONUS yang telah dinyatakan, malah, kami akan bimbing anda secara praktikal (seorang satu komputer) dan tidak cukup dengan itu, anda akan terus dibimbing sehingga berjaya.

Masih mahu berfikir? Ok, kami tidak mahu memaksa anda dan kami berharap anda tidak datang ke bengkel kami kerana terpaksa. Oh ya, kami ada sedikit syarat untuk mereka yang ingin menyertai bengkel kami:

Anda mesti ada cita-cita yang kuat untuk berjaya di dalam bidang ini

Kami mahukan komitmen yang berterusan dari anda jika mahu kami terus membimbing anda sehingga berjaya

Anda perlu sedar, kami hanya memberikan input dan teknik, selebihnya adalah bergantung kepada usaha anda

Kami juga mahu anda sedar dan tahu, bahawa di dalam perniagaan internet yang sebenar, tiada jalan singkat untuk berjaya. Cuma yang ada adalah, teknik dan usaha yang betul. Pendek kata, anda tetap perlu berusaha keras dan tiada istilah goyang kaki

Kami tidak mahu anda hanya datang sekadar untuk mendengar semata-mata, melainkan anda seorang yang sudah berjaya dan pakar, kami amat berbangga jika anda hadir. Tapi anda perlu tahu, bengkel ini adalah ASAS.😉


Masih belum yakin dengan bengkel ini?

Mari kita imbas kembali apa yang anda dapat dengan bayaran sebanyak RM270? Berbaloi ataupun tidak.

klik link dan nikmati hadiah http://www.ebizmalaysia.com/bengkel/index.php?ref=naddin

Posted in Bengkel Perniagaan Internet | Leave a Comment »

Sin Chan

Posted by taqiyuddin on June 12, 2007

 

Sin Chan

 

Pernahkah anda terfikir ada ke Sin Chan yang betul, jadi hari ini saya nak tunjuk kan pada anda muka Sin Chan yang sebenar yang dirakam di Jepun. Tapi yang pelik dan hairannya Sin Chan ini tidak boleh bercakap melayu dan hanya cakap Jepun bila ditanya.

Muka ini saya ambil dengan seorang kawan dalam internet dan saya saja kongsikan disini untuk Senyum-Senyum dan hadiah kepada pengunjung blog ini. Tidak mustahil budak ini akan join kita punya blog nanti besar, just kiding.

Posted in Senyum-Senyum | Leave a Comment »

Pembukaan Blog Malaysia-Blogger

Posted by taqiyuddin on June 12, 2007

 

Tertanya-tanya difikiran kenapa ditubuhkan blog seperti ini dan kenapa perlu memperkenalan blogger-blogger Malaysia kepada ramai. Jawapannya adalah supaya ramai lagi rakyat Malaysia mengetahui banyak cara kita memperolehi wang dari internet dan bagaimana anak-anak muda Malaysia menjalankan perniagaan melalui internet secara sambilan mahupun sepenuh masa. Saya memberi penghormatan kepada blogger-blogger Malaysia melalui blog Malaysia-Blogger untuk memperkenalan dengan lebih dekat pengalaman, permulaan dan cabaran serta kejayaan mereka kepada anda supaya anda tahu bahawa internet bukan semata-mata dunia penuh khayalan, dari minggu keminggu saya akan paparkan seorang demi seorang blogger Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan internet. Tunggu dan lihat.. : )

Posted in Pengenalan | 2 Comments »